Saturday 10 March 2012

JOM BUAT BLOG Bahagian 1

Assalamualaikum saudara-saudari sekelian. Semoga anda dirahmati Allah hendaknya di dunia dan di akhirat. Saya sudah memulakan laman blog saya pada tahun lepas untuk tujuan mempromosikan lukisan-lukisan potret saya. Tapi kemudiannya laman blog itu saya biarkan tanpa update. Kini saya memulakan laman blog baru pada 17hb Februari 2012 yang lalu. Saya orang baru dalam dunia blogging tapi saya ingin kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit ini dengan saudara-saudari yang belum ada laman blog dan ingin membina sebuah laman blog sendiri. Saya sudi membantu asalkan saudara-saudari sudi dibantu. Semoga saudara-saudari berhasil membina laman blog sulong dan mendapat kepuasan daripadanya. Percayalah. Ia sangat mudah asalkan kita sentiasa positif :)


Sila rujuk laman blog saya:


http://monologdiricikgumas.blogspot.com/


dan


http://tempahpotret.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment